Want your
own Fotopage?






 
Syud's Fotopages

By: Syud Peja

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Feb-2008 08:09 Email | Share | Bookmark
Tajuk Karangan : Rumah Saya Yang Saya Sayang

My Gedixxxxsssss
Kabinet TV
Drawer yg tersembunyi disebalik sliding doornya
Bhgn tgh, PS2, Astro dec, DVD
Bga kat sliding door tgh
Bunga yg gedix bhgn atas
 
Pada suatu hari, saya telah pergi berjalan-jalan ke kedai perabut bernama xxx bersama kawan-kawan seopis saya untuk mencari set sofa utk ofis. Kami pun berjalan dengan riang rianya dan apabila sampai di kedai perabot yang dirahsiakan lokasi dan pemiliknya, saya telah meninjau-ninjau di dalam kedai perabot itu sambil kawan-kawan saya mencari sofa tersebut. Setelah meninjau2 sekeliling tiba-tiba saya terpandang sesuatu yang telah lama saya cari. Ya, saya telihat sebuah kabinet tv 7 kaki yang amat lah gedix di mata saya. Tiba-tiba saya merasa debaran di dada kerana hati saya sudah jatuh cinta dengan nya. Tanpa membuang masa saya terus melihat pada jarak yang agak dekat dan untuk melihat dan merasai dengan tangan saya sendiri.

Sudah lama saya mencari kabinet tv, tetapi saya agak cerewet dan kebanyakan yg saya temui sebelum ini tidak memenuhi spec yang dikehendaki oleh akal fikiran saya dan suami saya. Biasanya saya tidak berkenan dengan design cermin pada sliding doornya itu atau pun design drawer2 ditepi kabinet itu. Kesudahannya kami akan meninggalkan kedai perabot dengan tangan kosong. Untuk pengetahuan semua antara spec terpenting ialah kabinet itu mestilah yg mempunyai sliding door kerana suami saya suka bemain PS2, so agak tdk lawa kalu yg jenis pintu. Nanti bila main akan terkuak pintu2nya. So kalau design yg jenis sliding door, agak kemas bila bermain, just tarik ke tepi shj pintunya itu. Tapi kali ini saya rasa saya sudah menemuinya walau pun saya rasa agak gedixs siket designnya. Tapi saya sukker.. x tahulah mcm mana pendapat suami terchenta saya itu. Harap-harap beliau akan menyukainya juga.

Saya pun meminta izin dari pada tokey kedai itu untuk menangkap beberapa kpg gambar utk ditunjukkan kpd suami saya kerana sekarang beliau tiada di rumah aka di Kuala Trg ini. Beliau sedang bekerja di suatu tempat yang jauh. Berkhidmat untuk negara dan keluarga tercinta.. Tokey kedai itu membenarkan saya mengambil gambar dan tanpa berlengah lg sy terus mengambil gambar2 untuk di tunjukkan kepda suami saya yang akan pulang hari Khamis 14 Feb ini. (ooppppss we x celeb Vday oke!!)

Setelah selesai urus niaga membeli sofa n coffee table utk pejabat saya, saya pun terus berpesan kepada tokey itu agar mengingati muka saya kerana saya akan dtg balik hari Sabtu 16 hb Feb ini bersama suami saya. Antara lain sebabnya ialah supaya tokey itu dapat memberi spesel harga kepada saya kerana opis kami selalu ambil barang dengan nya. So saya harap dia dapatlah memberi diskaun hebat kepada saya Buy 1 get 2 free pun x pe Madam!!!

Saya pun pulang semula ke pejabat dengan excitednya dan tidak sabar2 menelepon suami saya untuk memberitahu perkara itu. Dia pun setuju dan berjanji untuk ke kedai perabut itu untuk melihat secara live. I love u lah Beeyyy!!!

Pada hari Sabtu yg ditunggu tunggu itu pun tiba, kami pun pergi ke kedai perabut itu untuk melihat lagi sekali kabinet tv itu. Suami saya hanya gelak sambil menahan-nahan agar saya tidak marah kerana dia begitu geli hati melihat kabinet itu. Kenapa??? Sebabnya ialah kabinet itu ada bunga berwarna pink(lilac actually) yang agak gedix. Tapi dia suka designnya. Cuma dia kata kalau plain lagi lawa..(Suami saya mmg begitu, dia mmg x berapa sukker bab2 bunga ni) Tapi dia kata ok je kalau nak beli sb design nya chanteq dan harga agak tinggi siket tp tokey itu telah memberi harga yang agak istimewa dan affordable selepas discount yang agak marvellous itu. Tq tokey..

Akhirnya kami mencapai kata sepakat utk membeli kabinet tv 7" itu. Petang itu jugak dia akan hantar ke rumah saya. So saya kena balik cepat2 untuk mengemas kabinet lama dan barang-barang di atasnya. Akhirnya dapat jugak saya membeli kabinet yang GeDixXX itu. Sila lihat gambar betapa gedixnya ia. Dan buat suami saya, terima kasih kerana menyukainya walaupun ade gambar bunga2 yang gedix itu. Lenkali awak pulak yang pilih sofa dan carpetnya.

Petang itu kami pun berkemas-kemas rumah sambil menyanyi lagu Negaraku untuk menyambut ketibaan kabinet itu. Saya berasa agak sedih untuk mengemas kabinet lama yang dibeli di Giant Shah Alam dengan harga 69.90 sewaktu kami baru-baru kahwin hr tu. Kabinet itu banyak berjasa kepada kami dan berkhidmat dengan cemerlangnya. Bermula dengan rumah sewa di Shah Alam sehinggalah ke rumah kami di Terengganu ini. Kami masih ingat kami mengangkutnye dengan van yang disewa oleh bapa mertua saya untuk dibawa balik ke sini bersama barang-barang lain seperti mesin basuh, tv dan sebagainya. Kami akan tempatkannya di dalam bilik tetamu pula. Setelah siap, agak lama kami menunggu ketibaan new kabinet, dekat2 nak Maghrib baru sampai. Kami pun tersengeh berpandangan antara satu sama lain kerana kami mmg agak sewel aka giller kalau barang2 baru sampai ke rumah kami. Suami saya pun berkata ' Awak buat ah giller sorrang, esok saya dah nak g Kerteh' hahahahaha begitulah cerita kami yang kepuasan duduk 2 orang di rumah itu.

Sekian terima kasih. Selamat Mengundi saya ucapkan.
Sekian karangan saya yang membebel ntah apa-apa ini.

ps : Beey, i think we need new tv... lalalaa maybe Sony plasma tv 32 inchi pun dh cukop lalalalala.. Opppssssss one more thing we need to go SSF Home Deco Mart KB. coz u x perasan ke kosong je atas kabinet tuh??? wakakakaka ampunnnnnnnnn!!!

Inilah kabinet gedix saya... we like sb dia simple.. x suke kalau yang kronik2 designnya.. Barang2 atas kabinet belum letak lagi okee!! Br ltk tv sb mr sconjar nak tgk WRC Rally, x nyempat2 orang nak kemas...


Bahagian tgh tempat letak devices...


Drawer yg tersembunyi.. penting ni nak sorok dvd, vcd n apa2 brg je bila emergency x sempat kemas..


Bunga yg gedix di bahagian pintu tgh slide nya


Top view.. i likeeeeeeee


TQ buat suami terchenta saya

cilok dr fp kak lieza... jgn marah ye kak!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net